No comment yet

Ada apa dengan alfa AWU S036H?|part 2


Welcome back.Seperti yang pokwan janjikan, hari ni pokwan akan carita pengalaman menggunakan product alfa AWU s036H ni dengan lebih lanjut.
Untuk pengetahuan korang alfa AWU s036H nie adalah direka khas untuk menarik signal yang jauh kira-kira satu deret perumahan,2 blok bangunan,Dll.Contohnya korang stay jauh dari kopitiam/KFC/starbuck , korang still boleh guna lagi.Janganlah jauh 3km pulak.
Seperti korang sedia maklum pokwan dah try experiment alfa AWU s036H nie.
Setakat ni pokwan amat berpuas hati dengan signal coverage yang alfa ni tarik.
Kat sini pokwan bagi contoh laptop yang pokwan tak pasang alfa dan selepas pokwan pasang alfa.Korang akan rasa perbezaanya.



Berbalik kepada tutorial yang pokwan janjikan tu.Kat sini pokwan sediakan tutorial untuk pengguna wireless yang menggunakan WEP sebagai security wifi dieorang.
Sebelum tu pokwan nak bagitau apa yang pokwan dapat semasa beli gadget ini.
1.cd driver
2.cd beini
3.cable usb
4.alfa adapter
5.antenna 9dpi
6.mount+clip






No comment yet

Ada apa dengan alfa AWU S036H?|part 1



Pokwan rasa ni 1st post / 1st tutorial / 1st story untuk pengisian korang


Tempoh hari pokwan ade buat research berkenaan dengan security wifi yang korang semua guna , streamyx /p1wimax/unifi. Korang tak terfikir ke internet wifi yang korang guna itu orang lain pun ade curi-curi guna jugak?. That mean security yang korang guna itu tak berapa secure.setahu pokwan security ni ada banyak, yang pokwan tahu just 2 je , WPA dan WEP.Security yang paling weak adalah WEP , untuk pengetahuan korang , seseorang hacker mengambil masa 5 minit sahaja untuk meng'hack" wifi yang mengunakan security WEP .Untuk mengetahui cara-cara untuk mengelakkan wifi korang dicuri, korang kena tunggu next post daripada pokwan.


Nak dijadikan cerita Pokwan research punya research , pokwan jumpa la maklumat berkaitan dengan satu device wireless adaptor. Untuk maklumat korang wireless adaptor ni fungsinya bukan sekadar untuk tarik wifi terdekat, tapi gadget ini boleh hack password wifi korang.
Untuk korang yang tinggal di rumah teres , flat bertingkat-tingkat  atau  dalam bahasa senang  apa-apa rumah yang rapat-rapat gadget ini adalah pilihan terbaik untuk korang guna.
Gadget ini ada Pro and Contra-nya jugak. Kalau korang guna kejalan yang betul ,Contohnya korang nak berkongsi wifi dengan adik korang , disebabkan kedudukan korang dengan sumber wifi jauh. Yang contra-nya pulak pokwan rasa korang dah pon tau kan , Hack password jiran korang lah.
click untuk besarkan


Nasihat Pokwan , jangan terlalu kejam sangat ye, dah la korang curi wifi jiran korang, korang gi download torrent pula. Effect-nya internet akan jadi semakin slow termasuklah owner  wifi tu sendiri akan terasa sekali ke'slow'annya .Kalau sekadar nak check email, main fecebook,tengok youtube Dll ,pokwan tak halang .

Siapa yang perlukan gadget ini?
1.Setiap orang yang mempunyai komputer riba dan desktop, ini kerana  gadget ini 10 kaliganda lebih power daripada wifi yang terbina dalam komputer riba anda .Penerimaan yang lebih baik dan boleh acess internet dengan lebih cepat. 
2.Jika korang mempunyai ruang pejabat yang besar atau 3 tingkat dengan berkongsi 1 router/modem wifi, ia akan memberi korang sambungan yang baik ,cepat dan stabil walaupon jauh atau di halang dengan dinding.
3.Jika korang nak saving.=)

Berbalik kepada gadget  ni.Pokwan ade search brand wireless adapter yang mana paling stable mean tak selalu putus-putus(disconnect). Antara brand yang pokwan jumpa adalah alfa , comfast , signalking ,wifisky, Dll. Yang paling stable merangkap pilihan pokwan sendiri adalah brand alfa.


Tak complete kalau pokwan tak try@experiment sendiri kan.So nantikan “Ada apa dengan alfa AWU S036H?|part 2” .Kat situ pokwan akan cerita pengalaman pokwan ber-experiment dan pokwan akan  buat satu tutorial untuk korang semua.sekian.